3.0 PERALATAN UNTUK BERMAIN
Berikut adalah beberapa peralatan yang perlu digunakan ketika permainan kotak misteri
· kotak
· papan nota
· kertas nombor soalan
Kotak ini digunakan untuk menjadi medium permainan. Pelajar akan mencabut nombor soalan bagi mendapatkan nombor soalan yang perlu dijawab. Kotak soalan ini digunakan agar pelajar dapat menjawab soalan dengan merujuk papan nota. Hal ini supaya pelajar dapat mengaplikasikan berfikir secara pantas.
Papan soalan ini mempunyai soalan yang berbeza mengikut Hala Tuju Perkembangan Pendidikan di Malaysia. Terdapat 14 soalan yang disediakan untuk dijawab pelajar.

4.0 CARA BERMAIN
Berikut dalah langkah-langkah untuk bermain baling dan jawab:
1. Sediakan kotak misteri yang mempunyai kertas nombor soalan di dalamnya, kemudian sediakan papan yang mengandungi soalan yang harus dijawab dan nota yang mengandungi soalan berkaitan Hala Tuju Perkembangan Pendidikan di Malaysia. Setiap soalan yang disediakan merangkumi setiap sub topik yang terdapat dalam topik Hala Tuju Perkembangan Pendidikan di Malaysia. Lalu pemilihan soalan akan ditentukan dengan mencabut nombor soalan di dalam kotak misteri dan menjawab soalan.
2. Seterusnya tentukan kumpulan. Setiap kumpulan mestilah seramai 5 orang sahaja. Pemilihan kumpulan ini adalah bebas. Pelajar bebas untuk membentuk sebuah kumpulan.
3. Tentukan susunan permainan. Setelah siap menyediakan kotak misteri dan soalan, tentukan giliran kumpulan berapa yang akan bermain dahulu. Permainan ini memerlukan 4 kumpulan untuk bermain. Kumpulan ini akan dibahagi kepada pencabut soalan dan penjawab. Contohnya, salah seorang ahli dari kumpulan A mencabut kertas soalan manakala yang lain akan menjawab soalan.
4. Kumpulan A akan memulakan permainan dengan mencabut nombor soalan yang berada di dalam kotak misteri yang disediakan. Kemudian ahli kumpulan yang lain akan menjawab soalan berdasarkan nombor di kertas nombor yang dicabut di dalam kotak misteri.
5. Soalan yang mereka dapat perlulah mereka selesaikan dalam masa lima minit.
6. Kumpulan A akan diberi masa selama 1 minit untuk berbincang mengenai soalan yang mereka dapat dan setelah seminit mereka akan mula menjawab soalan yang mereka dapat.
7. Kumpulan seterusnya akan mengikuti langkah seperti mana kumpulan pertama.
8. Ahli kumpulan tidak dibenarkan meminta pertolongan orang luar berkaitan soalan yang mereka dapat.
9. Sekiranya peserta tidak dapat menjawab soalan, mereka diminta untuk mencabut nombor soalan yang baharu untuk mendapatkan soalan baharu.
10. Apabila Ahli kumpulan tidak dapat menjawab soalan, mata akan ditolak berdasarkan berapa kali soalan perlu dijawab atau ditukar.
11. Kumpulan yang mendapat markah tertinggi dikira sebagai pemenang dalam permainan tersebut.

Comments
Post a Comment